Tun M umum bonus Aidilfitri menanti penjawat awam

Astro Awani
Mei 16, 2019 13:11 MYT
Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun tidak memaklumkan jumlah bonus yang akan diberikan. - Gambar BERNAMA
Sambutan Aidilfitri buat penjawat awam kali ini akan lebih bermakna apabila kerajaan bakal mengumumkan pemberian bonus dalam masa terdekat.
Berita gembira itu dimaklumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pulau Pinang pada Khamis.
Sekalipun sudah memberi jaminan bonus akan diberikan, namun Dr Mahathir tidak pula jumlah dan tarikh bayaran berkenaan akan dibuat.
“Ada, kita akan isytihar nanti,” katanya ringkas kepada wartawan selepas Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-48 di Spice Arena, Bayan Baru.
Pemberian bonus merupakan berita yang sering ditunggu-tunggu oleh penjawat awam khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sebelum ini turut berharap kerajaan memberi bonus Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara.
Beberapa kerajaan negeri seperti Pulau Pinang, Kedah dan Melaka juga sudah mengumumkan pemberian bonus kepada penjawat awam masing-masing antara RM1,000 sehingga setengah bulan gaji menjelang hari raya.
BACA: Bantuan khas Aidilfitri RM1,000 bagi penjawat awam Kedah
BACA: RM1,000 bonus Aidilfitri untuk penjawat awam Melaka
BACA: Bantuan khas Aidilfitri untuk penjawat awam Pulau Pinang
#Aidilfitri #bantuan khas hari raya #bonus #bonus Hari Raya #bonus untuk penjawat awam #hari raya penjawat awam #Mahathir Mohamad #Perdana Menteri #Tun M umum bonus Aidilfitri menanti penjawat awam
;