Tun M terima anugerah tertinggi Pakistan

Harits Asyraf Hasnan
Mac 22, 2019 07:05 MYT
Dr Mahathir menerima anugerah Nishan-e-Pakistan atau Order of Pakistan, anugerah awam tertinggi negara itu daripada Dr Arif di Istana Presiden Aiwan-e-Sadr, Islamabad, 22 Mac, 2019. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dianugerahi Nishan-e-Pakistan atau ‘Order of Pakistan’ - yang merupakan anugerah awam tertinggi oleh Kerajaan Pakistan.
Anugerah yang disampai oleh Presiden Pakistan, Dr Arif Alvi pada Jumaat seiring sumbangan Dr Mahathir kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ASEAN.
Majlis penganugerahan yang berlangsung di Istana Presiden, Aiwan-e-Sadr itu dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Hadir sama pada majlis itu adalah Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan.
Nishan-e-Pakistan merupakan anugerah awam tertinggi yang dikurniakan oleh Kerajaan Pakistan kepada pemimpin yang menyumbang kepada pembangunan negara dan rakyat Pakistan termasuk di peringkat antarabangsa.
BACA: Lawatan rasmi ke Pakistan: Keganasan, Islamofobia jadi fokus Mahathir, Imran
BACA: Dr Mahathir diberi sambutan negara di Pakistan
Dr Mahathir serta delegasi kemudian diraikan dalam majlis makan malam yang dihoskan oleh Dr Arif.
Sebelum itu, Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan Dr Arif.
#ASEAN #Mahathir Mohamad #Nishan-e-Pakistan #Order of Pakistan #Pakistan
;