Tun M masuk ICU? Ini gambar beliau di rumah
Astro Awani
Ogos 22, 2017 21:57 MYT
Ogos 22, 2017 21:57 MYT
Berita yang tersebar di media sosial mengenai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke ICU adalah tidak benar.
Bercakap kepada Astro AWANI, pegawai peribadi beliau mengesahkan Dr Mahathir sedang makan di rumah.
Sementara itu, PPBM melalui akaun Facebooknya malam ini menafikan berita yang tersebar tentang bekas perdana menteri itu.
"Kami ingin memaklumkan bahawa sebaran mesej dibawah ini adalah TIDAK BENAR sama sekali," tulis kenyataan itu.