Tun M jalani proses pemulihan di IJN
Ridauddin Daud
Februari 20, 2024 12:42 MYT
Februari 20, 2024 12:42 MYT
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad kini masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).
Menurut jurucakap kepada bekas Perdana Menteri itu, pada ketika ini, Dr Mahathir masih menjalani proses pemulihan akibat jangkitan.
Beliau turut berkongsi gambar terkini Dr Mahathir yang dilihat sedang membaca akhbar.
Bagaimanapun, jurucakap itu berkata, tidak dapat dipastikan bila Dr Mahathir akan dibenarkan discaj, sehingga pihak IJN berpuas hati dengan tahap pemulihan beliau.
“Saya tidak boleh beritahu bila Dr Mahathir dibenarkan keluar, buat masa ini kecuali IJN puas hati dengan tahap pemulihan beliau,” katanya menerusi pesanan ringkas WhatsApp pada Selasa.
Astro AWANI pada Isnin melaporkan gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini Dr Mahathir adalah palsu.
Pihak IJN akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tahap kesihatan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dalam masa terdekat.
Dr Mahathir yang akan mencecah usia 99 tahun pada 10 Julai depan dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu.