Tun M harus muhasabah, tinggalkan legasi murni - Fahmi

Azib Zikry
Januari 23, 2024 10:50 MYT
Fahmi menasihatkan Dr Mahathir agar muhasabah diri dan tidak mengeluarkan kenyataan yang sengaja boleh menakutkan rakyat.
KUALA LUMPUR: Dalam meniti hari senja, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan muhasabah diri dan tidak mengeluarkan kenyataan yang sengaja boleh menakutkan rakyat.
Menurut jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Dr Mahathir juga tidak seharusnya mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pilihan raya.
Dr Mahathir pada sidang media semalam mendakwa, Anwar dilantik menerajui negara bukan atas pilihan rakyat, tetapi terpaksa.
“Tun M pada pilihan raya tahun lepas hilang deposit di Parlimen Langkawi dan Anwar menang di Tambun.
“Jadi sebagai negarawan, beliau harus muhasabah dan harus meninggalkan satu legasi yang murni,” tambah Fahmi lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pakej P-Hailing RAHMAH di Angkasapuri Kota Media, di sini, hari ini.
#Mahathir Mohamad #PM Anwar Ibrahim #muhasabah diri #negarawan
;