Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mengulas ketika ditanya mengenai kenyataan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak yakin dengan 'usaha' beliau yang didakwa ingin menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Oh, lain kali lah... lain kali," kata bekas Perdana Menteri itu ketika ditemui pemberita pada acara penutup Le Tour de Langkawi di Dataran Merdeka hari ini.
Semalam, dalam blog Merah Tinta MSO (msomelayu.blogspot.com) oleh penulis bebas Mohd Sayuti Omar, Ahli Parlimen Gua Musang itu telah menyatakan bahawa Mahathir tidak mempunyai cukup kuasa untuk menjatuhkan Najib.
Ini berikutan kenyataan Mahathir baru-baru ini dalam blognya, chedet.cc yang menggesa agar polis melakukan siasatan forensik terhadap tuduhan yang dibuat ke atas beberapa pihak yang didakwa terlibat dengan pengurusan wang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Dalam blog tersebut, Mahathir menyatakan kebimbangan sekiranya perkara itu tidak dilakukan secepat mungkin, Barisan Nasional (BN) mungkin akan kalah dalam Pilihan Raya Umum 2018 akan datang.
"Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi.
"Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua UMNO sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang UMNO sahaja tidak cukup untuk menang pilihan raya," tulis Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata, sehingga hari ini, Kerajaan masih tidak menjawab beberapa persoalan dengan munasabah terhadap beberapa isu melibatkan 1MDB.
Malah, beliau juga mendakwa, sejak jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB diambil alih oleh Arul Kanda Kandasamy, banyak kenyataan tidak munasabah dibuat.
Selain dilihat lantang dalam menyuarakan pandangan tentang 1MDB, bekas Presiden UMNO itu juga mempersoalkan kekayaan keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak, termasuk anak tirinya Riza Aziz yang mampu membeli hartanah mewah dan pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street.”
Meskipun begitu, kedua-dua pemimpin itu yang duduk bersebelahan dilihat berbual seketika di atas pentas ketika majlis penutup Le Tour de Langkawi petang tadi.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Haider Yutim
Sun Mar 15 2015
Tun Mahathir enggan mengulas ketika ditanya mengenai kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah yang mendakwa ada 'usaha' untuk menjatuhkan Najib.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
PPM tumpaskan 7,103 kes jenayah, rampasan bernilai RM210 juta
Pasukan Polis Marin (PPM) telah menumpaskan 7,103 kes jenayah yang dilakukan di perairan Malaysia tahun ini sehingga 31 Oktober 2024.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan.
Lebih 1,600 anggota polis ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka
Seramai 1,656 anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka di ibu negara pada Jumaat ini.
Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 RSDPMB.
Seniman jalanan cekal cari rezeki
Walaupun panas terik, seniman jalanan Nazri Aziz dan Fauzin Saihani cekal mengenakan solekan dan kostum demi menghiburkan orang ramai.
Orang ramai ambil peluang berbuka di Iftar@KL sebelum pulang ke kampung
Iftar@KL kali ke-12 tahun ini berlangsung selama enam hari dan hari ini merupakan hari terakhir penganjurannya.
Padang Dataran Merdeka ditutup hingga 31 Januari
Padang Dataran Merdeka akan ditutup sehingga 31 Januari depan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan rumput.
LTAT anjur Larian Wira 2023, iktiraf jasa ATM
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menganjurkan Larian Wira 2023 sebagai inisiatif bagi menghargai jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dataran Merdeka pada 29 Oktober.
Masyarakat pelbagai kaum hadir solidariti untuk Palestin
Rakyat daripada negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir dan Pakistan turut menunjukkan solidariti mereka.
Ketepi perbezaan, lebih 10,000 rakyat Malaysia rai perpaduan, meriahkan 'Keretapi Sarong 2023'
Lebih 10,000 rakyat Malaysia berbilang kaum tampil menyertai program persembahan kilat berkumpulan, 'Keretapi Sarong 2023' (KS2023) sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka, hari ini.
Video tersebut tak ada sangkut paut dengan saya - Sanusi
Beliau berkata, video tular yang memaparkan sambutan yang dikaitkan dengan dirinya itu adalah tidak benar.
Polis tingkat kawalan keselamatan pada malam ambang merdeka di ibu kota
Kawalan keselamatan ditingkatkan di sekitar kawasan KLCC, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini.