Tun M dibenar keluar IJN
Astro Awani
Julai 30, 2024 10:40 MYT
Julai 30, 2024 10:40 MYT
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang ke rumah selepas dua minggu dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) disebabkan batuk.
Lapor Bloomberg, seorang pembantu beliau, Sufi Yusoff berkata, kesihatan bekas pemimpin berusia 99 tahun itu semakin baik dan dibenarkan 'bercuti di rumah.'
Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 15 Julai lalu, lima hari selepas ulang tahun kelahiran beliau yang ke-99 tahun.
Bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu memiliki sejarah masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 1989 dan 2007.
Kali terakhir beliau mendapatkan rawatan di IJN adalah pada Januari lalu akibat masalah jangkitan dan dibenarkan keluar dari hospital itu pada Mac.