Tun M dan Anwar bakal kongsi pentas bantah TPPA?

Irwan Muhammad Zain
September 4, 2013 17:53 MYT
Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) berhasrat untuk mempertemukan Tun Dr Mahathir Mohamed dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas satu pentas raksasa pada 10 Oktober depan.
Jurucakap gabungan tersebut, Badrul Hisham Shahrin yang mewakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)-salah satu NGO yang bergabung membantah TPPA- berkata dua tokoh tersebut akan ditemukan dalam usaha untuk meraih sokongan bagi membantah perjanjian tersebut.
Badurul berkata pentas raksasa itu merupakan acara kemuncak dalam siri 15 jelajah membantah TPPA dari 17 September di seluruh Malaysia.
"Kedua-dua tokoh ini lantang menggesa kerajaan menolak perjanjian TPP. Pada masa yang sama, mereka menuduh satu sama lain sebagai pro-AS.
"Oleh itu, kita berilah mereka peluang untuk mengenpikan ego dan politik domestik demi mempertahankan kedaulatan kedaulatan negara.
"Rakyat juga sudah tentu ingin melihat sama ada tokoh-tokoh ini semata ingin pertahan ego politik domestik atau tampil mempertahankan negara dari dijajah ekonominya.,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Siri jelajah tersebut diberi nama #bantahTPPA kedua-dua tokoh pemimpin itu akan dijemput ke peringkat akhir perhimpunan dan pidato umum itu, iaitu sehari sebelum demonstrasi besar-besaran membantah perjanjian tersebut ketika kunjungan Presiden Amerika, Barrack Obama di pusat beli-belah KLCC.
Badrul berkata undangan kepada DS Anwar dan Tun Mahathir untuk sepentas di kemuncak jelajah juga sedia untuk disampaikan.
#Anwar Ibrahim #bantah #Bantah TPPA #SAMM #TUN DR MAHATHIR
;