Tun M batal lawatan rasmi ke Hanoi

Astro Awani
September 4, 2018 18:32 MYT
Dr Mahathir dijadualkan menyampaikan ucap tama di National Convention Centre di Hanoi pada 13 September depan. -Gambar fail
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membatalkan lawatan rasminya ke Hanoi, Vietnam minggu depan.
Lawatan rasmi bagi menghadiri World Economic Forum on ASEAN dari 11-14 September itu dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Dr Mahathir dijadualkan menyampaikan ucap tama di National Convention Centre di Hanoi pada 13 September depan.
Antara agenda utama penganjuran WEF kali ini termasuk perkhidmatan kewangan, pembangunan dan infrastruktur, minyak, gas dan tenaga, teknologi maklumat dan elektronik, penerbangan, pelancongan dan barangan pengguna dan runcit dalam Revolusi Industri 4.0.
#Hanoi #Kementerian Luar Negeri #National Convention Centre #Tun Dr Mahathir Mohamad #World Economic Forum
;