Tun Dr Mahathir lawat DJI, pengeluar dron terbesar dunia

Harits Asyraf Hasnan
Ogos 19, 2018 14:20 MYT
Pada lawatan itu, Dr Mahathir diperkenalkan dengan teknologi terbaharu DJI pada sesi demonstrasi. - Gambar Ihsan Jabatan Penerangan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan lawatan hari ketiga ke China dengan melawat Da-Jiang Innovations (DJI).
Syarikat teknologi gergasi yang berpangkalan di Shenzen, Guangdong itu merupakan pengeluar dron komersial terbesar dunia.
Ia apabila syarikat itu mengawal kira-kira 70 peratus pasaran dunia.
Pada lawatan itu, Dr Mahathir diperkenalkan dengan teknologi terbaharu DJI pada sesi demonstrasi.
Beliau yang hadir bersama Menteri Perladangan dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub disambut oleh Presiden DJI, Roger Luo dan Timbalan Presiden, Fred Zhang.
Dron DJI digunakan secara meluas seluruh dunia oleh pemakn industri filem, penyiaran, media dan muzik.
Selain itu, turut diperkenalkan adalah teknologi dron yang digunakan dalam Industri pertanian.
#Beijing #Da-Jiang Innovations #dron #Guangdong #Mahathir Mohamad #Shenzen #syarikat teknologi #Tun Dr Mahathir Mohamad
;