Tun Dr Mahathir kesal polis tangkap individu kritik 'anak raja'

Raja Hisyam Raja Zaid
Mei 10, 2019 16:10 MYT
Rakyat negara ini bebas bersuara mengkritik pemimpin seperti yang pernah beliau tekankan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Polis Diraja Malaysia yang menahan seorang individu yang didakwa mengkritik raja-raja di media sosial.
Rasa kecewa itu dizahirkan oleh Tun Mahathir menerusi beberapa ciapan di laman Twitternya pada Jumaat.
Menurut ciapan tersebut beliau berkata rakyat sepatutnya mempunyai kebebasan untuk mengkritik mana-mana pemimpin di negara ini.

Rakyat bebas untuk mengkritik pemimpin jika perlu.Kebebasan bersuara adalah penting di dalam sesebuah demokrasi. Kecuali ugutan, fitnah, atau penghinaan terhadap raja-raja yang memerintah, mana-mana pemimpin boleh dikritik tanpa mengakibatkan terjejasnya hak rakyat untuk bersuara

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) May 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kebebasan bersuara adalah penting di dalam sesebuah demokrasi. Kecuali ugutan, fitnah atau penghinaan raja-raja yang memerintah, mana-mana pemimpin boleh dikritik tanpa mengakibatkan terjejasnya hak rakyat untuk bersuara," katanya.

Saya merasa kesal dengan tindakan menangkap penggiat media sosial tersebut. 3/3

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) May 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jelasnya beliau telah beberapa kali menekankan sebelum ini bahawa kepentingan kebebasan bersuara.
Kenyataan berkemungkinan merujuk kepada penahanan seorang penulis dan ketua pengarang malam tadi di Balai Polis Tampoi, Johor.
Ia dipercayai susulan daripada satu tweet yang dimuatnaik oleh beliau yang menyentuh soal 'anak raja'.
#anak #fitnah #Mahathir Mohamad #Malaysia #Media #media sosial #menteri #PDRM #Perdana Menteri #polis #Polis Diraja Malaysia #rakyat #Tweet
;