Tun Daim Zainuddin meninggal dunia

Astro Awani
November 13, 2024 09:40 MYT
Difahamkan Allahyarham meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dilaporkan meninggal dunia pagi ini pada usia 86 tahun.
Perkara itu disahkan peguamnya, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar kepada media sebentar tadi.
Difahamkan Allahyarham meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Daim, yang memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia pada tahun 1980-an dan 1990-an, dikenali sebagai salah seorang arkitek dasar ekonomi yang membantu memulihkan kewangan negara semasa krisis.
Semasa perkhidmatannya, Allahyarham berjaya mengukuhkan ekonomi Malaysia melalui pelbagai dasar dan strategi kewangan yang efektif.
Daim juga aktif dalam sektor swasta dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara walaupun selepas meninggalkan pentadbiran.
Allahyarham dikenang bukan sahaja sebagai tokoh kewangan yang berpengaruh, tetapi juga sebagai penasihat yang dihormati oleh pemimpin dan ahli ekonomi.
Pengaruh dan sumbangannya akan terus dikenang oleh generasi seterusnya.
#Daim Zainuddin #Malaysia #meninggal #bekas Menteri Kewangan #terkini
;