Tun Arshad Ayub meninggal dunia
Astro Awani
Jun 13, 2022 07:00 MYT
Jun 13, 2022 07:00 MYT
KUALA LUMPUR: Tokoh pendidikan negara, Tun Arshad Ayub meninggal dunia jam 2.06 pagi tadi.
Perkara itu disahkan keluarga Allahyarham menerusi satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi.
Menurut kenyataan itu jenazah Allahyarham masih berada di hospital.
Jenazah akan dibawa ke Masjid Kolej Islam Malaysia, Jalan Universiti untuk solat jenazah yang dijangka selepas solat zuhur.
Difahamkan jenazah kemudian akan dibawa ke Makam DiRaja Selangor.
Allahyarham Arshad dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sejak Selasa lalu kerana masalah kesihatan.
Arshad, 93, adalah pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) sejak tahun 1967 sehingga 1975 sekali gus pencetus idea kepada perkembangan pendidikan di ITM yang kini dikenali sebagai UiTM.
Anak kelahiran Muar, Johor itu pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian dan berkecimpung dalam dunia perniagaan serta menjadi ahli lembaga pengarah untuk beberapa syarikat awam dan juga badan-badan berkanun.