Tun Abdul Taib sihat, Astana Negeri Sarawak minta henti tular berita palsu
Astro Awani
Jun 22, 2023 18:44 MYT
Jun 22, 2023 18:44 MYT
KUCHING: Astana Negeri Sarawak menafikan berita tular yang mendakwa Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud sedang sakit.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, pihak Astana mengesahkan Tun Abdul Taib berada dalam keadaan baik dan sihat, manakala berita yang tular ketika ini adalah palsu sepenuhnya.
Sehubungan itu, setiausaha sulitnya, Junih Salleh Ahmad memohon agar penyebaran laporan dan khabar angin berkenaan dihentikan segera.
Sejak Selasa lalu, tersebar berita bahawa Tun Abdul Taib kini berada dalam keadaan koma di Hospital Umum Sarawak.
Astro AWANI difahamkan beliau yang ditemani oleh isterinya, Toh Puan Ragad Taib Kurdi kini sedang berada di luar negara.