Tun Abdul Hamid nafi sertai 'Dialog Pulangkan Najib' di Melaka
Bernama
November 12, 2023 13:51 MYT
November 12, 2023 13:51 MYT
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menafikan beliau akan menjadi seorang daripada ahli panel dalam program 'Dialog Pulangkan Najib' di Dataran Bukit Tariq, Klebang Permai, Melaka, malam ini.
Abdul Hamid dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan pihak-pihak tertentu menyebarkan poster menyatakan beliau akan hadir ke program terbabit adalah satu pembohongan tidak bertanggungjawab.
"Saya merujuk kepada poster iklan yang disiarkan, saya nafikan poster iklan itu sekeras-kerasnya. Saya tidak tahu menahu mengenai dialog itu, saya tidak pernah bersetuju untuk hadir sebagai seorang speaker atau dalam apa kapasiti sekalipun.
"Saya menuntut pihak-pihak berkenaan menarik balik poster iklan itu dan meminta maaf kepada saya," katanya.
-- BERNAMA