Tumpuan sidang media KKM pada 21 Disember
Hilmi Malik
Disember 21, 2020 18:55 MYT
Disember 21, 2020 18:55 MYT
PUTRAJAYA: Sebanyak 2,018 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu, menjadikan ia jumlah ketiga tertinggi di negara ini setakat ini.
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 21 Disember.
1. 2,018 kes baharu COVID-19, ketiga tertinggi setakat ini.
2. Satu kes kematian baharu melibatkan bukan warganegara di Hospital Tuaran.
3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini 16,496 kes.
4. 190 kes sedang dirawat di ICU, 55 kes memerlukan bantuan pernafasan.
5. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM )melaporkan pertambahan sebanyak lapan lagi kluster baharu.