Tumpahkan air, admin My Rapid KL tegur penumpang cara 'sweet'

Astro Awani
Julai 19, 2018 07:13 MYT
Prasarana memuat naik gambar yang diedit menunjukkan dua penumpang dan satu minuman coklat yang dilihat tumpah di lantai tren. Foto Twitter / MyRapidKL
'Leteran' pengelola akaun media sosial syarikat perkhidmatan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang menegur pengguna membawa air di dalam tren, mencuit hati netizen.
Dalam catatan di Twitter dan Facebook itu, Prasarana memuat naik gambar dua pengguna bersama satu minuman coklat yang dilihat tumpah dalam tren tersebut, dengan kapsyen: "Kepada barista yang membuat air ini tadi, kami tahu anda kecewa dan sedang berduka lara.
"Kepada pemilik air dan pelanggan yang kami sayangi, makan dan minum adalah dilarang ketika menaiki tren. Murunglah tu bukan? Sebab tidak sempat habiskan air itu."
Susulan itu, ada dalam kalangan warga media sosial di Twitter yang menyambut baik teguran yang dilakukan Prasarana itu.
Ada antara mereka berpendapat, larangan makan dan minum di dalam tren adalah bagi menghormati pengguna yang lain.

Kepada barista yang buatkan air ni tadi, kami tahu anda kecewa dan sedang berduka lara. Kepada pemilik air(you know who you are) dan pelanggan yang kami sayangi, makan dan minum adalah dilarang ketika menaiki tren. Murung la tu kan sebab tak sempat habiskan air tu......... pic.twitter.com/qNeYXM9Xhr

— RapidKL 03-78852585 (@MyRapidKL) July 19, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengguna Twitter Ked Flop mencadangkan supaya tanda amaran larangan makan dan minum perlu ditambah bagi memberi kesedaran kepada pengguna.
"Sekurang-kurangnya laplah (air yang tumpah) supaya tidak biarkan orang lain pijak atau kotorkan lantai," katanya.

Kesedaran sivik kurang nie. Ada kan sign tak allow food & beverage. sekurang-kurangnya lap la taknak bagi org lain pijak & kotorkan lantai.

— Ked Flop (@Ir_Ked_Flop) July 19, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pengajaran berguna bagi dia. Dan juga peringatan tak boleh makan dan minum dlm tren. Moga dia dpt penyesalan yg berguna.

— Kamamar® (@AbamKamal) July 19, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, seorang pengguna Facebook dengan nama Aini Nazrini meninggalkan komen meminta petugas tren menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih ketat.
"Halau je mereka.. tak faham arahan.. suruh jilat balik semua tu," tulisnya.
Manakala Fadzli Fadhilah berkata, wajah penumpang yang membawa minuman ke dalam tren itu sepatutnya didedahkan.
"Saya sakit hati apabila lihat orang makan dan minum dalam pengangkutan awam. Ini bukan kereta anda! Ini kenderaan yang dikongsi bersama!"
#larangan #makan minum #media sosial #MyRapidKL #penumpang #prasarana #Prasarana Malaysia Berhad #tren #tumpah air #Twitter
;