Tumpahan minyak di Lebuhraya Karak

Astro Awani
Oktober 15, 2019 08:51 MYT
Tumpahan minyak berlaku disebabkan kemalangan dua buah lori. Foto ihsan orang awam
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan terdapat tumpahan minyak berikutan kemalangan di KM35.7 Lebuhraya Karak, Kampung Sungai Chin.
Menurut kenyataan pihak itu awal pagi ini, bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.55 malam dan seramai enam anggota dengan sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
"Menurut komander operasi, setibanya jentera dilokasi didapati benar terdapat berlaku tumpahan minyak disebabkan kemalangan dua buah lori.
"Kerja-kerja pembersihan minyak dilakukan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan diserahkan kepada pihak Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)," kata JBPM Selangor.
Tambahnya, mangsa yang berada dalam kedua-dua buah lori dilaporkan selamat.
#bomba #JBPM #JBPM Selangor #kemalangan #kerja pembersihan #Lebuhraya Karak #Lori #minyak #tumpahan minyak
;