Tular pekerja kedai mamak kencing di longkang

Sinar Harian
Februari 1, 2024 18:50 MYT
Tangkap layar individu yang memakai penutup kepala dan apron kencing di tepi longkang berdekatan Jalan Hang Tuah. - Gambar/ Media sosial
MELAKA: Tular rakaman video memaparkan seorang pekerja sebuah kedai mamak di Jalan Hang Tuah di sini, didakwa membuang air kecil di longkang berhampiran premis itu.
Video berdurasi 21 saat itu tular di aplikasi WhatsApp pada Khamis dan rata-rata mengecam situasi berkenaan.
Rakaman itu menunjukkan tindakan jijik dipercayai dilakukan pekerja warga asing yang lengkap memakai penutup kepala dan apron membuang air di kawasan longkang bangunan.
Setelah selesai, lelaki itu beredar dan dipercayai masuk semula ke dalam restoran tanpa membasuh tangannya.
Dipercayai premis makanan itu tidak menyediakan kemudahan tandas. - Sinar Harian
#video tular #kedai mamak #kencing dalam longkang #Melaka
;