Tular menteri didakwa buat kecoh di KLIA

Sinar Harian
Jun 30, 2023 15:51 MYT
Suasana tegang berlaku apabila pihak berkuasa di KLIA tidak membenarkan beliau 'menyelamatkan' pelawat warga China tersebut. - Gambar/ Sinar Harian/ Media sosial
SEPANG: Suasana di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kecoh apabila seorang individu dipercayai menteri dikatakan cuba membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen pada Khamis.
Menurut sumber, pelawat warga China itu ditahan oleh pihak berkuasa sebaik sahaja tiba masuk ke negara ini.
Individu yang dipercayai menteri itu kemudiannya terus masuk ke dalam balai ketibaan tanpa memohon pas kebenaran.
Suasana tegang berlaku apabila pihak berkuasa di KLIA tidak membenarkan beliau 'menyelamatkan' pelawat warga China tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan tiada laporan yang diterima berhubung perkara tersebut.
"Setakat ini tiada laporan diterima berkaitan kejadian," katanya. - Sinar Harian
#menteri buat kecoh #KLIA #Pelancong China #jabatan imigresen
;