BALIK PULAU: Sindiket pemberi pinjam wang tanpa lesen atau 'ah long' kini menggunakan taktik dengan menular gambar peminjam wang menerusi media sosial bertujuan untuk mengaibkan mangsa sebagai usaha memaksa peminjam membayar balik pinjaman.
Malah sindiket ini juga akan mengedar gambar-gambar peminjam di kawasan tempat tinggal mereka berserta tulisan mengaibkan untuk memalukan mangsa.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan berkata, polis menerima laporan daripada seorang peniaga dari Bayan Lepas yang mendakwa telah diugut oleh sindiket terbabit.
Katanya, satu serbuan dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Barat Daya yang kemudiannya berjaya membongkar kegiatan tersebut selepas menahan dua lelaki warga tempatan.
Kedua-dua lelaki berusia 20 dan 24 tahun itu di tahan di sebuah rumah di Taman Kemuning, Kulim, Kedah dalam 'Op Vulture' pada Selasa lepas.
Anbalagan berkata, siasatan polis juga mendapati suspek terlibat dengan sindiket ah long itu sejak empat tahun lepas dan kumpulan itu dipercayai mempunyai sumber kewangan sendiri dan mampu memberi pinjaman kepada orang ramai.
"Suspek akan menularkan gambar peminjam yang gagal bayar pinjaman dalam media sosial dan akan mengedarkan poster di kawasan tempat tinggal mangsa, bertujuan mengaibkan mangsa bagi membuatkan peminjam berusaha bayar balik pinjaman tersebut," ujar Anbalagan.
Anbalagan berkata, turut dirampas dalam serbuan itu barang yang disyaki digunakan bagi menjalankan aktiviti memberi pinjaman wang termasuk beberapa salinan kad pengenalan, sampul surat beralamat peminjam di beberapa negeri, beberapa keping cek, kad debit dan telefon bimbit.
Ujian saringan air kencing terhadap suspek negatif namun salah seorang daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1985.
Suspek direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
Anbalagan berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, Balik Pulau pada Jumaat.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Mar 12 2021
Mangsa menanggung rasa tertekan dan malu dengan tindakan ah long mempamerkan wajah mangsa di media sosial dan di kawasan kediaman mangsa. - Gambar hiasan
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
JPDP siasat enam aplikasi pemberi pinjam wang dalam talian
Enam aplikasi tersebut adalah Asialend, Dreamlend, iPayfren, iPinjaman, Helplend4u dan GoCash4u.