KUCHING: Satu laporan polis telah dibuat oleh pihak pengurusan tertinggi Astana Negeri berhubung penularan pesanan ringkas mengandungi maklumat palsu mengenai kesihatan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.
Setiausaha Akhbar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Peter Sibon berkata laporan tersebut dibuat bagi memastikan penularan maklumat seumpamanya terhadap Tun Abdul Taib dihentikan serta-merta.
Jelasnya, pihak Astana Negeri menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan kes tersebut terutama dalam usaha mengenal pasti sumber dan individu yang terlibat.
“Laporan polis yang dibuat tidak menuju kepada individu secara spesifik kerana kita belum boleh mengenal pasti, kita serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat bagaimana dan di mana sumber berita palsu ini, khususnya melalui media sosial.
“Berita palsu yang disebarkan mengandungi maklumat mengatakan Tun tidak sihat, Tun sedang sakit dan ada antaranya memaklumkan Tun sudah meninggal dunia,” katanya semasa sidang media ringkas selepas membuat laporan polis di sini pada Jumaat.
Dalam masa yang sama beliau memberitahu tahap kesihatan bekas Ketua Menteri Sarawak itu dalam keadaan yang baik dan kini bersama keluarga.
“Berkenaan keadaan Tun saya bukan orang yang tepat untuk berkongsi maklumat tersebut, bagaimanapun menurut edaran media sebelum ini Tun berada dalam keadaan sihat, bersama keluarga beliau,” ujarnya lanjut.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Sejak Selasa lalu, tersebar berita bahawa Tun Abdul Taib kini berada dalam keadaan tidak sihat dan sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Astro AWANI difahamkan beliau yang ditemani oleh isterinya, Toh Puan Ragad Taib Kurdi kini sedang berada di luar negara.
Nuzuluddin Abdul Razak
Fri Jun 23 2023

Peter ditemui semasa sidang media ringkas selepas membuat laporan polis di sini pada Jumaat. - Foto Astro AWANI
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.

Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras pada Jumaat, tampil membuat permohonan maaf berhubung penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di Kota Bandung.

Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nzahan dan Aras yang menghasilkan kandungan media sosial di Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia, rupanya berlakon mengenai kehilangan teman mereka di sebuah hutan.

Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Kerajaan lancar Chatbot AIFA, perangi maklumat palsu
Ia bertujuan memerangi maklumat palsu dan berfungsi sebagai platform untuk rakyat semak berita yang tidak ditentusahkan dalam talian.

Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.

Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail
Pendekatan komprehensif di antara kerajaan, pemain industri media serta pihak berkuasa perlu digerakkan bagi mendepani risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) terutamanya berkaitan peny

LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar sebarang pautan kepada pembayar cukai berkaitan status bayaran balik melalui portal MyTax, menurut agensi pentadbir cukai itu.

Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar
Perkembangan teknologi sepatutnya melahirkan masyarakat intelektual namun ia boleh jadi sebaliknya jika pengguna media sosial gagal menapis bahan negatif yang terdapat dalam rangkaian internet.

Media sosial Barat banyak temberang, hapuskan aplikasi mereka - Duta BRICS
Nasser berkata, untuk melemahkan doktrin Barat, perlu hapuskan aplikasi ciptaan mereka dan sokong media baharu yang adil dalam pelaporan.