Tular aksi pelajar dibuli video lama

Sinar Harian
Ogos 31, 2024 12:00 MYT
Pada Jumaat video aksi pelajar dibuli itu tular kembali selepas dimuat naik di aplikasi X dan WhatsApp termasuk Facebook.
PASIR MAS: Video tular kejadian pelajar dibuli di sebuah sekolah menengah di sini adalah rakaman lama yang berlaku pada tahun 2020.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek kes terbabit telah dituduh bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
"Pelajar yang terlibat telah didenda RM500 dan bon berkelakuan baik," katanya pada Sabtu.
Pada Jumaat video kejadian pelajar dibuli itu tular kembali selepas dimuat naik di aplikasi X dan WhatsApp serta Facebook.
Video berdurasi 54 saat itu menyaksikan seorang pelajar lelaki sedang dipukul oleh rakannya manakala yang lain menyaksikan kejadian tersebut serta merakam aksi berkenaan. - Sinar Harian
#kes buli #Tular #buli pelajar #Pasir Mas
;