Tukar cara, budaya berfikir di KPT - Zambry Kadir

Astro Awani
Februari 6, 2024 22:34 MYT
Zambry dalam pada itu mahu sekatan yang menjadi penghalang antara kakitangan di Kementerian dihapuskan dalam usaha memperbaiki komunikasi agar lebih berkesan. - FB UM
KUALA LUMPUR: Penjawat awam di Kementerian Pendidikan Tinggi dinasihatkan untuk menukar cara, budaya dan tabiat berfikir dalam memastikan organisasi itu lebih hebat.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, kakitangan kementerian itu perlu mempraktikkan budaya bekerjasama berbanding bergerak secara sendirian.
"Macam mana kita nak bentuk kita ini, bukan senang bagi mereka yang sudah terbiasa bekerja secara sendiri. Dia akan rasa bahawa ada sedikit sebanyak penilaian yang dibuat mungkin tidak akan dibuat penilaian terbaik oleh bosnya.
"Apabila kita ada sikap 'kita' iaitu bekerja bersama-sama, kita akan dapat membentuk sebuah organisasi yang cukup efektif dan hebat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Tinggi di Putrajaya pada Selasa.
Zambry dalam pada itu mahu sekatan yang menjadi penghalang antara kakitangan di kementerian dihapuskan dalam usaha memperbaiki komunikasi agar lebih berkesan.
"Saya mahu pecahkan tradisi itu seolah-olah dalam sebuah banglo kecil. Saya kata runtuhkan semua menjadi dijadikan penghadang, saya nak runtuhkan penghadang itu. Penghadang inilah yang menghalang kita bekerja antara satu sama lain," katanya.
#Kementerian Pendidikan Tinggi #Zambry Abdul Kadir #penjawat awam #Perhimpunan Bulanan
;