Tukang rumah direman, bantu siasatan bunuh isteri dengan tukul besi
Nur Fazlizai Ali
April 6, 2023 11:04 MYT
April 6, 2023 11:04 MYT
DUNGUN: Seorang tukang rumah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes membunuh isterinya menggunakan tukul besi.
Perintah tahanan reman ke atas suspek yang berusia 32 tahun itu dikelaurkan Majistret Noradila Ab Latif di Mahkamah Majistret Dungun bermula Khamis sehingga Rabu depan.
Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu, suspek yang memaiaki baju lokal berwarna ungu tiba di Mahkamah Majistret Dungun kira-kira jam 8.42 pagi bagi proses permohonan reman.
Pada Rabu, seorang wanita maut dipercayai dipukul dengan tukul besi oleh suaminya dalam kejadsian akibat kecederaan di bahagian muka dan kepala.
Sebelum itu dikatakan berlakunya perselisihan faham antara pasangan terbabit sehingga menyebabkan suami mangsa tiba-tiba bertindak luar kawalan dan membunuh mangsa.
Suspek kemudiannya memberitahu ahli keluarga yang tinggal berhampiran kediamannya tentang kejadian tersebut sebelum laporan polis dibuat.
Mangsa yang juga peniaga kedai runcit itu memiliki tujuh anak, iaitu enam hasil perkahwinan terdahulu manakala seorang bayi berusia enam bulan hasil perkahwinan dengan suspek.