Tukang kebun mengamuk guna sabit depan bangunan Mardi ditahan
Muhafandi Muhamad
Februari 2, 2023 18:50 MYT
Februari 2, 2023 18:50 MYT
KOTA BHARU: Seorang tukang kebun sambilan yang mengamuk dengan menggunakan sebilah sabit di hadapan bangunan kerajaan di Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu, pada Khamis berjaya ditahan hari ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 49 tahun itu ditahan di Pasir Puteh sekitar jam 9.30 pagi tadi.
“Seorang lelaki berusia 49 tahun, (seorang) tukang kebun (ditahan) di depan Pejabat Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Padang Pak Amat.
“Dia dikatakan mengamuk dan memecahkan kereta dan saya akan dapatkan maklumat lanjut,. Dia baru sahaja ditangkap, hampir 20 minit selepas kejadian,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Suspek sebelum itu dikatakan menaiki sebuah motosikal dan mengamuk di tengah jalan dengan merosakkan salah sebuah kenderaaan pengguna di jalan berkenaan.
Rakaman video memaparkan lelaki tersebut ditenangkan oleh orang ramai ketika mengamuk tular di media sosial hari ini.