Seorang tukang kebun ditahan polis selepas mengamuk dan bertindak agresif di perkarangan Balai Polis Bukit Indah di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian pukul 3.25 petang itu, suspek berusia 52 tahun datang ke balai polis dalam keadaan mabuk dan mengamuk serta meronta-ronta dengan membawa sebilah parang panjang yang dipegang di tangan kanan.
Dzulkhairi berkata, ketika kejadian, suspek memberitahu, mengalami masalah dengan isterinya dan mengugut untuk membunuh wanita itu.
"Pegawai polis yang sedang bertugas ketika itu cuba untuk menenangkan suspek namun suspek bertindak agresif dengan meletakkan parang di lehernya sendiri.
"Berikutan itu, pegawai polis dibantu beberapa anggota polis lain bertindak menangkap suspek selain turut merampas sebilah parang panjang berukuran 78 sentimeter berhulu warna merah jambu," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Katanya, pihak polis terpaksa menggunakan sedikit kekerasan ketika menangkap suspek kerana suspek bertindak agresif dan enggan bekerjasama dengan pihak polis dan hasil pemeriksaan pada tubuh badan suspek terdapat sedikit kecederaan pada beberapa bahagian badannya termasuk luka di bahagian dahi, lutut kiri dan kanan.
"Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau namun ujian air kencing akan dilakukan terhadap lelaki berkenaan dan perintah reman akan dimohon hari ini," kata beliau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (ABKLSB) 1958 dan Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis. - BERNAMA
Bernama
Fri Oct 11 2019
Seorang tukang kebun ditahan polis selepas mengamuk dan bertindak agresif di perkarangan Balai Polis Bukit Indah, Johor Bahru pada Khamis. - Gambar hiasan
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Bekas banduan amuk tak boleh pinjam motosikal anak ditahan miliki pistol
Suspek lelaki berusia 40 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Tanah Merah pada jam 2.55 petang.
Lima anggota terbunuh dalam kes tembakan di kem tentera di selatan Filipina
Seorang anggota mengamuk dan melepaskan tembakan ke arah anggota lain yang sedang tidur di sebuah kem tentera di utara Mindanao.
Mangsa kejadian amuk pusat asuhan kanak-kanak Thailand semakin pulih
Dr Opas Karnkawinpong berkata kesemua mangsa yang mengalami kecederaan fizikal dan trauma telah menerima rawatan di hospital.
Penghuni pusat pemulihan dadah maut dipercayai selepas kejadian amuk
Seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah di Padang Rengas, Kuala Kangsar maut akibat kecederaan parah dipercayai selepas kejadian amuk, pada Rabu.
Marah putus tunang, lelaki amuk rempuh kereta wanita
Tular di media sosial semalam rakaman berdurasi 30 saat sebuah kenderaan dengan sengaja dipandu melanggar sebuah kenderaan lain.
Polis tahan lelaki amuk bakar pondok belakang gerai bekas isteri
Polis menerima laporan kejadian pada jam 10.20 pagi, mengatakan terdapat seorang lelaki mengamuk sambil memegang parang di kawasan itu.
Video tular: Polis siasat kes sekumpulan lelaki amuk melibas kayu, parang
Rakaman video 28 saat itu memaparkan aksi ganas sekumpulan lelaki bergaduh dengan menetak serta melibas parang antara mereka.
Lelaki ditemui maut dalam longkang selepas mengamuk
Hasil semakan rekod perubatan mangsa telah mendapatkan rawatan psikiatri dan kali terakhir mendapatkan rawatan adalah pada bulan Mac 2016.
Tak tahan bunyi bising, anak mengamuk sehingga tikam bapa
Seorang warga emas mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat ditikam anaknya yang mempunyai masalah mental dalam satu kejadian amuk di sebuah rumah berhampiran Pasar Bachok, pagi Selasa.
Prebet Adam meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru - Adik
Adam meninggal dunia pada usia 57 tahun, kira-kira 9 pagi semalam ketika menerima rawatan di HPP dan jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Datuk Keramat.