Tukang cuci maut dibunuh rakan serumah kerana dendam

Dewi Nur Harasha Alias
Ogos 22, 2022 17:25 MYT
Mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring di tempat kejadian akibat kecederaan parah. - Gambar/ PDRM
BAYAN BARU: Seorang tukang cuci warga asing maut ditikam dalam pergaduhan dengan sekumpulan lelaki dipercayai rakan serumahnya sendiri di Bukit Gedong, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, siasatan mendapati dendam dipercayai menjadi motif pembunuhan mangsa.
Kamarul Rizal berkata susulan kejadian itu, pihak polis menahan empat lelaki warga asing dipercayai rakannya bagi membantu siasatan.
"Kesemua mereka berusia 31 hingga 45 tahun bekerja sebagai tukang cuci, penjaga kedai runcit, operator pengeluaran dan pekerja kontrak.
"Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 28 Ogos bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
#kes bunuh #bunuh rakan sendiri #rakan serumah #tukang cuci
;