Tujuh termasuk tiga GRO warga asing ditahan anjur parti liar
Astro Awani
Julai 30, 2021 05:01 MYT
Julai 30, 2021 05:01 MYT
KUALA LUMPUR: Seakan mencabar kewibawaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila sekumpulan individu berani menganjur parti liar berdekatan dengan premis Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi.
Rentetan itu, empat lelaki tempatan dan tiga GRO warga China diberkas dalam serbuan di sebuah residen dekat Jalan Munshi Abdullah di ibu kota.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata serbuan jam 10 malam itu dilakukan hasil aduan awam dan risikan.
Ketika serbuan, mereka yang berusia 26 hingga 33 tahun itu didapati sedang khayal dengan minuman keras dan dihiburkan GRO berpakaian seksi.
Kondominium mewah tiga bilik itu disewa dengan harga RM700 semalam dan polis percaya wujud kegiatan pelacuran dalam parti liar berkenaan.
Empat lelaki tempatan itu dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang dan siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Warga asing terlibat pula disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran.
Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
#parti liar
#Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi
#dekat IPD
#Mohamad Zainal Abdullah
#GRO
#warga china
#berpakaian seksi
#IPD Dang Wangi
#penyakit berjangkit