Tujuh tahanan lolos kini diburu polis

Astro Awani
Januari 7, 2013 07:26 MYT
Tujuh tahanan reman diburu selepas lolos sebelum sempat tiba di Mahkamah Butterworth, Pulau Pinang.
Bukan sahaja melarikan diri, anggota polis yang mengiringi mereka diserang dengan serbuk cili dan dibelasah sebelum ditinggalkan di tepi jalan.
Suspek tersebut ditahan polis kerana kes samun dan bunuh.
Semasa kejadian, kesemua suspek termasuk 2 tahanan lain dibawa menaiki kenderaan polis dari Penjara Pulau Pinang.
Polis kemudian menemui kenderaan yang dilarikan di kawasan Kampung Padang Chempedak Tasek Gelugor bersama dua tahanan.
Kes disiasat kerana samun dan mencederakan anggota polis.
Sementara itu, dua anggota polis yang cedera di bahagian mata, kepala dan tubuh dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.
Orang ramai yang melihat kelibat ketujuh-tujuh suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran.
#kampung padang chempedak tasek gelugor #polis #serbuk cili #tahanan lari
;