Tujuh strategi dalam fasa PKPP untuk 'perangi' COVID-19

Hasimi Muhamad
Jun 7, 2020 16:05 MYT
Kerajaan akan melaksanakan Tujuh strategi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat-kuasa.
Kerajaan akan melaksanakan tujuh strategi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat-kuasa pada 10 Jun.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata strategi tersebut akan dilaksanakan melalui Jawatankuasa Khas Menteri Mengenai Pelaksanaan PKPP yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Manakala di peringkat kerajaan negeri kata Perdana Menteri, strategi tersebut akan dilaksanakan melalui jawatankuasa yang diwujudkan Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Berikut tujuh strategi tersebut:
• Pengukuhan Kesihatan Awam;
• Perundangan dan Penguatkuasaan;
• Pengukuhan Kawalan Sempadan;
• Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi;
• Pembudayaan Kebiasaan Baharu;
• Pemerkasaan Tanggungjawab Komuniti; dan
• Perlindungan Golongan Berisiko.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata pelaksanaan strategi tersebut turut memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak termasuk jentera kerajaan pusat dan negeri, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pemimpin dan ketua komuniti.
Terdahulu, dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Perintah Kawalan Pergerakan, Muhyiddin mengumumkan PKPP akan berkuat kuasa bermula 10 Jun hingga 31 Ogos, sekali gus menamatkan pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB).
#Ketua Menteri #Menteri Besar #Muhyiddin Yassin #Pelaksanaan PKP #Perdana Menteri #perintah kawalan pergerakan
;