Tujuh senior tingkatan lima disyaki rogol bergilir-gilir pelajar tingkatan dua
Petrus Bernard
November 16, 2019 18:45 MYT
November 16, 2019 18:45 MYT
Tujuh pelajar lelaki yang kesemuanya berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam perbuatan merogol bergilir-gilir seorang pelajar perempuan tingkatan dua di Tawau pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas dalam satu kenyataan berkata kejadian berlaku pada Jumaat di salah sebuah sekolah menengah di daerah itu.
Kesemua tujuh pelajar tingkatan lima itu dan mangsa adalah dari sekolah yang sama.
Menurut beliau, perbuatan itu diketahui apabila salah seorang guru menjumpai mereka di lokasi kejadian.
"Kesemua suspek berjaya ditangkap pada hari yang sama dan direman selama tiga hari mulai hari ini," katanya.