Tujuh rumah dikosongkan akibat tanah runtuh di Puchong

Bernama
Disember 16, 2023 22:18 MYT
Tujuh rumah teres di Jalan Wawasan di Puchong, Selangor terpaksa dikosongkan selepas berlaku tanah runtuh di hadapan sebuah daripada rumah berkenaan, malam ini. - Foto ihsan JBPM Selangor
KUALA LUMPUR: Tujuh rumah teres di Jalan Wawasan di Puchong, Selangor terpaksa dikosongkan selepas berlaku tanah runtuh di hadapan sebuah daripada rumah berkenaan, malam ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tanah runtuh berkenaan pada 7.26 malam tadi melibatkan kawasan seluas 50 meter.
"Tanah runtuh berkenaan menyebabkan kerosakan sebuah kereta jenis Honda yang diletakkan di hadapan rumah, bagaimanapun tiada mangsa terlibat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Perkembangan banjir kilat, tanah runtuh
Menurut Wan Md Razali sebagai langkah keselamatan, JBPM Selangor telah mengarahkan penghuni tujuh rumah yang berhampiran kawasan tanah runtuh itu mengosongkan segera kediaman mereka kerana pergerakan tanah masih berlaku.
-- BERNAMA
#rumah dikosongkan #tanah runtuh #Puchong #JBPM Selangor #Jalan Wawasan
;