Tujuh premis, kereta terbakar
Bernama
Mac 22, 2024 16:09 MYT
Mac 22, 2024 16:09 MYT
KUALA KANGSAR: Tujuh premis dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di Jalan Daeng Selili, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dan BBP Sungai Siput digegaskan ke lokasi sebaik menerima laporan kira-kira 9.15 pagi.
"Pihak bomba tiba pada 9.20 pagi dan mengambil masa sekitar 38 minit untuk mengawal kebakaran.
"Kebakaran menyebabkan tiga kedai, tiga kediaman dan kereta berkenaan musnah 90 peratus, manakala sebuah lagi kediaman hanya rosak lima peratus," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa dan empat kediaman itu juga tidak berpenghuni.
-- BERNAMA