Tujuh penumpang nyaris maut dalam nahas bas ekspres, lori

Abd Razak Mohd Ali
Disember 31, 2019 09:59 MYT
Keadaan bas yang terlibat kemalangan dengan sebuah lori awal pagi tadi. -JBPM
Tujuh wanita warga Indonesia cedera apabila bas ekspres yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 230 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, di sini, pagi ini.
Ketika kejadian, bas ekspres itu membawa 30 penumpang.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 2.20 pagi.
“Apabila jentera tiba di lokasi, didapati tujuh mangsa mengalami kecederaan tetapi tiada yang tersepit.
“Enam mangsa dibawa ke hospital oleh pihak ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya, di sini.
Katanya, anggota bomba telah memberi rawatan awal kepada seorang mangsa sebelum membawanya ke hospital untuk tindakan lanjut.
Operasi tamat pada jam 2.55 pagi.
#bas ekspres langgar lori #Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #JBPM #rawatan awal #wanita warga Indonesia cedera
;