Tujuh pelatih Pusat Pemulihan Jagaan dan Rawatan (CCRC) Sungai Ruan, Raub sedang diburu selepas hilang melarikan diri daripada pusat terbabit awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi dan kesemua pelatih dipercayai telah melarikan diri melalui tingkap tandas asrama pusat terbabit.
Menurutnya, kesemua mereka telah keluar melalui pagar belakang pusat itu dan dipercayai menuju ke arah Taman Dahlia, Sungai Ruan.
"Tujuh pelatih terbabit itu ialah Tan Sian Soon, 44; Johari Mahamad, 50; Mohd Yunus Abu Bakar, 44; P. Suris, 39; Ng Swee An, 47; Azreen Kusai, 36; dan Ooi Chuan Tat, 42.
"Seramai tiga pegawai dan 13 anggota polis daerah ini dibantu 40 pegawai dan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaaan (AADK) dan juga CCRC Sungai Ruan telah dan sedang membuat langkah pengesanan ke atas semua pelatih sekitar Raub," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, kesemua pelatih dipercayai menggunakan baju warna oren ketika melarikan diri walaupun hasil semakan dengan pihak Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) terbabit, setiap pelatih dibekalkan sehelai baju T putih dan sepasang baju Melayu.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kesemua pelatih ini dimohon agar menyalurkan segera kepada pihak polis dengan menghubungi talian 09-355 2223/355 1192 atau ke balai berhampiran masing-masing.
Astro Awani
Sat Nov 16 2019
Kesemua mereka telah keluar melalui pagar belakang pusat itu dan dipercayai menuju ke arah Taman Dahlia, Sungai Ruan. - PDRM
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Ramai sakit mental, kerajaan timbang tubuh pusat pemulihan khas buat penagih dadah
Kerajaan akan menimbang keperluan untuk menubuhkan pusat pemulihan khas bagi mereka yang menghidap sakit mental akibat pengambilan dadah sintetik seperti pil kuda dan syabu.
Anak maut dipukul, Mek Eshah menang saman RM305,000
Keluarga seorang pelatih CCRC, Kota Tinggi, Mohamad Ezanee Zakaria yang mati dipercayai dipukul polis bantuan pusat, menang saman terhadap kerajaan Malaysia dan defendan terbabit.
Konsep inabah diperluas atasi masalah penagihan dadah - TPM
Kerajaan akan memperluaskan penggunaan pendekatan agama dan kerohanian atau inabah dalam merawat penagih dadah di CCRC di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.