Tujuh murid Orang Asli dilapor hilang selepas dipercayai dimarah guru

Astro Awani
Ogos 26, 2015 18:01 MYT
Seorang ibu dari kampung Penad memberitahu, murid berkenaan keluar dari Sekolah Pos Tehoi selepas dikatakan dimarahi guru kerana mandi sungai. - Foto Astro AWANI
Sebanyak tujuh murid Orang Asli yang terdiri daripada seorang lelaki dan enam perempuan dari Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, 60km dari Gua Musang dilaporkan hilang.
Lima yang hilang berasal dari Kampung Penad Pos Simpor manakala dua lagi dari Kampung Gawen Pos Gob dilaporkan hilang sejak pukul 6.30 petang, Ahad.
Murid yang hilang di kenali Juvina David, 7, Haikal Yaakop dan Linda Rosli, 8, Ika Ayel, 9 dan Noreen Yaakop, 10 manakala seorang lagi murid dari Kampung Gawen belum dikenal pasti.
Menurut AJK Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Jamali Ayau, seorang ibu dari kampung Penad memberitahu, murid berkenaan keluar dari Sekolah Pos Tehoi selepas dikatakan dimarahi guru kerana mandi sungai.
"Saya tidak tahu menahu (tentang perkara ini) sebab baru balik dari Kuala Lumpur," kata Ayel, bapa kepada Ika.
"Sekarang ini kami sedang mencari bersama penduduk kampung, pihak sekolah dan JKOAK," tambahnya.
Mengikut rekod, tiga tahun lalu seorang murid berusia 7 tahun dari Pos Gob, mati lemas ketika mandi di sungai yang sama.
#Gua Musang #hilang #Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan #JKOAK #Orang Asli
;