Tujuh kedai sederet di Jubilee Park musnah dalam kebakaran
Abd Razak Mohd Ali
Julai 18, 2019 23:32 MYT
Julai 18, 2019 23:32 MYT
Tujuh buah rumah kedai sederet berhampiran Hotel New Caspian, Taman Jubilee, di sini, musnah dalam kebakaran malam ini.
Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan empat buah lagi rumah kedai yang sederet dengan unit yang terbakar.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Yunus Abu, pihaknya menerima panggilan telefon mengenai kebakaran itu pada jam 8.02 malam.
“Kebakaran melibatkan tujuh buah rumah kedai kelas B berkeluasan 20 x 70 yang terbakar di bahagian atas 50 peratus dan empat buah rumah kedai yang lain dapat diselamatkan,” katanya.
Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.
Seramai 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, BBP Pasir Puteh dan pasukan bomba sukarela (PBS) Pekan Baru, Bercham dan Pasir Pinji terlibat dalam operasi pemadaman.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.
#bomba
#Ipoh
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Jubilee Park
#kebakaran
#Mohamad Yunus Abu
#Perak
#rumah kedai
#Taman Jubilee