Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari

Bernama
Oktober 24, 2024 12:15 MYT
Suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut di kawasan tersebut. - Gambar hiasan Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tujuh kawasan di Semenanjung.
Menurut hantaran di Facebook MetMalaysia, kawasan yang terlibat ialah Larut, Matang dan Kuala Kangsar di Perak; Gombak dan Petaling di Selangor; Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang.
Kenyataan itu memaklumkan, suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tuga hari berturut-turut di kawasan tersebut.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. - BERNAMA
#cuaca panas #tujuh kawasan di Semenanjung #MetMalaysia #cuaca panas tahap satu #terkini
;