Tujuh batalion tentera dikerah ke Sabah

Astro Awani
Mac 4, 2013 10:15 MYT
Tujuh batalion tentera telah dikerah ke Sabah bagi membantu pasukan polis menghadapi penceroboh di Sabah.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu daripada jumlah itu, lima batalion dihantar ke Lahad Datu.
Sementara, dua batalion lagi masing-masing dihantar ke Tawau dan Sandakan.
Dalam laman sosial Twitternya, Zahid turut memuat naik foto beliau bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien selepas melawat "Ground Zero".

baru mninggalkn'ground zero' @hishammuddinh2o , mendengar taklimat situasi semasa ATM & @pdrmsia yg sdg beroperasi. twitter.com/Zahid_Hamidi/s…

— Ahmad Zahid Hamidi (@Zahid_Hamidi) March 4, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Saya dan @hishammuddinh2o di LD Skrg. Baru selesai taklimat oleh IGP @pdrmsia twitter.com/Zahid_Hamidi/s…

— Ahmad Zahid Hamidi (@Zahid_Hamidi) March 4, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kedua-dua pemimpin itu kemudian mendengar taklimat situasi semasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang beroperasi.
#ATM #Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi #Menteri Pertahanan #PDRM