KOTA KINABALU: Kesemua tujuh ahli kumpulan Abu Sayyaf yang sebelum ini ditahan di Pulau Timbang, Sandakan, akan didakwa sebelum dihantar pulang ke Filipina.
Bagaimanapun, menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, ia masih berada pada peringkat perbincangan yang akan diadakan bersama pihak berkuasa Filipina.
Tambahnya, sebelum dihantar pulang, kesemua mereka mungkin berdepan pertuduhan di bawah Akta Imigresen.
"Kita percaya, semua tujuh suspek ini mempunyai rakan sekutu lain tetapi mungkin sudah melarikan diri berikutan operasi berterusan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini.
"Kita juga percaya semua tujuh suspek yang berjaya ditahan ini adalah sebahagian daripada kumpulan yang merancang aktiviti penculikan di Sandakan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Tadika Kemas Al-Ghazali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, pada Rabu.
Tambahnya, polis juga percaya dalang kegiatan itu yang mati ditembak dan ditangkap di Beaufort dan Pulau Timbang sebelum ini merancang menculik pemilik ladang di sekitar perairan pantai timur Sabah.
"Polis amat serius untuk mematahkan segala perancangan kumpulan Abu Sayyaf ini kerana kita tidak mahu mereka menjadikan Sabah sebagai kubu kuat atau tempat persembunyian mereka.
"Kita akan ambil tindakan yang lebih agresif termasuk mengumpul maklumat risikan dari semasa ke semasa dan usaha ini juga mendapat sokongan penuh daripada pihak ESSCOM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),’’ tambahnya.
BACA: Abu Sayyaf: Pemilik ladang perlu pastikan pekerja memiliki dokumen pengenalan diri - Polis
BACA: Polis Sabah tembak mati dua anggota Abu Sayyaf
Sementara itu, Hazani turut menasihatkan pemilik ladang untuk membuat pengesahan dokumentasi terhadap individu yang diambil bekerja dan memastikan tiada ruang diberikan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk bekerja.
Terdahulu, polis berjaya menembak mati lima lelaki dipercayai ahli kumpulan Abu Sayyaf di sebuah penempatan haram di kawasan hutan Taman Sri Arjuna, Beaufort, pada 17 Mei lalu.
Dalam kejadian sama, pihak polis berjaya merampas pelbagai jenis senjata api yang digunakan dalam insiden berbalas tembakan dengan pihak berkuasa.
Pada 20 Ogos lalu, pihak PDRM juga menembak mati dua ahli kumpulan Abu Sayyaf dalam operasi di Pulau Timbang, Sandakan.
Eleanor Michelle Patrick
Wed Aug 25 2021
![Tujuh ahli kumpulan Abu Sayyaf akan didakwa sebelum dihantar pulang - Polis Sabah Tujuh ahli kumpulan Abu Sayyaf akan didakwa sebelum dihantar pulang - Polis Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629419193_DatukHazaniGhazali.jpg)
Polis amat serius untuk mematahkan segala perancangan kumpulan Abu Sayyaf ini kerana kita tidak mahu mereka menjadikan Sabah sebagai kubu kuat atau tempat persembunyian mereka. FOTO: Sinar Harian
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![#SandakanMemilih: Keselamatan Pantai Timur Sabah, antara hidup dan mati #SandakanMemilih: Keselamatan Pantai Timur Sabah, antara hidup dan mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71556449654_TBNelayan.jpg)
#SandakanMemilih: Keselamatan Pantai Timur Sabah, antara hidup dan mati
Isu pencerobohan sempadan laut dan keselamatan di perairan pantai timur Sabah menjadi antara kebimbangan penduduk di Sandakan.