Tugas perkeranian guru akan dimansuh - Maszlee

Astro Awani
Januari 14, 2019 19:29 MYT
Maszlee berkata ia antara lima inisiatif yang diperkenal kerajaan sebagai langkah pertama bersifat intervensi jangka pendek. -Gambar fail
Kementerian Pendidikan akan memansuhkan tugas perkeranian yang dilihat sebagai mengganggu tugas hakiki guru.
Menurut Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, ia merupakan dua antara lima inisiatif yang diperkenal kerajaan sebagai langkah pertama bersifat intervensi jangka pendek.
Langkah pertama ini dirangka dengan mengambil kira pandangan dalam kalangan pendidik yang juga kelompok penting di peringkat akar umbi.
Inisiatif keempat pula merangkumi penyeragaman borang dan proses pemantauan menerusi dua intervensi bagi memastikan guru tidak lagi dibebani tugas perkeranian.
Manakala Inisiatif terakhir, penyelarasan penubuhan jawatankuasa di peringkat sekolah, intervensi yang akan dilaksanakan akan memastikan pelbagai jawatankuasa yang tidak berkaitan dengan tugas mendidik akan dimansuhkan.
Lima inisiatif ini merupakan langkah pertama dalam meningkatkan kualiti pengajaran, manakala langkah kedua pula melibatkan lebih banyak latihan dan kursus yang perlu bagi memastikan guru-guru mampu menawarkan pendekatan pengajaran yang terbaik.
#guru #Kementerian Pendidikan #kerajaan #kerani #Maszlee Malik #pendidikan #perkeranian
;