Tuduh PM enggan dikuarantin, Mohd Puad Zarkashi dituntut mohon maaf
Astro Awani
Februari 9, 2021 19:37 MYT
Februari 9, 2021 19:37 MYT
KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri (PMO) menuntut Datuk Mohd Puad Zarkashi memohon maaf secara terbuka susulan dakwaannya bahawa perintah kuarantin tiga hari untuk Menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan kerajaan kerana Perdana Menteri enggan dikuarantin sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, PMO menegaskan, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu gagal berbuat demikian.
Jelas kenyataan itu, Perdana Menteri telah diserahkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah dan dipakaikan gelang pengawasan setibanya dari Jakarta pada Jumaat 5 Februari 2021.
Beliau pada masa ini sedang menjalani kuarantin di rumah.
Kenyataan juga menyebut, fitnah yang dilemparkan Mohd Puad itu adalah berniat jahat untuk mencemarkan nama baik Perdana Menteri.
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#Malaysia
#majlis tertinggi
#UMNO
#Jakarta
#Indonesia
#Puad Zarkashi