TUDM, RAAF tandatangani perakuan pemindahan alat ganti pesawat

Astro Awani
Jun 4, 2018 17:52 MYT
Majlis menandatangani dokumen perakuan itu dibuat antara Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Tentara Australia, Lieutenant Jeneral, Angus Campbell yang mewakili Ketua Pasukan Pertahanan Australia.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Royal Australian Air Force (RAAF) menandatangani perakuan pemindahan (Certificate of Transfer) bagi alat-alat ganti pesawat F/A-18 Hornet (Model A ke Model D) milik TUDM dalam sebuah majlis yang berlangsung di Markas Tentera Udara, Wisma Pertahanan, di sini.
Majlis menandatangani dokumen perakuan itu dibuat antara Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Tentara Australia, Lieutenant Jeneral, Angus Campbell yang mewakili Ketua Pasukan Pertahanan Australia.
Perakuan pemindahan itu sekali gus membuktikan jalinan kerjasama yang erat dalam perkongsian teknologi antara TUDM dan RAAF serta memperkukuh hubungan baik antara Malaysia dan Australia di dalam industri pertahanan.
Campbell dalam ucapannya turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada TUDM di atas sambutan Hari TUDM ke-60 pada 1 Jun lalu serta mengharapkan agar jalinan kerjasama yang sedia terbina itu akan terus utuh di masa hadapan.
#Australia #F A-18 Hornet #Malaysia #Perakuan pemindahan #RAAF #TUDM
;