Tubuh organisasi khas bertindak kawal COVID-19 segera - Tun M

Astro Awani
Julai 13, 2021 10:22 MYT
Dr Mahathir menyeru agar organisasi tersebut ditubuhkan dan dibiayai Kerajaan di bawah peruntukan khas bagi memenuhi keperluan tindakan tersebut.
KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mencadangkan agar sebuah organisasi khas ditubuhkan secepat mungkin bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19 sehingga ia tidak lagi menjadi ancaman kepada kehidupan orang awam.
Menerusi penulisan terbaharu di blognya, Dr Mahathir menyeru agar organisasi tersebut ditubuhkan dan dibiayai Kerajaan di bawah peruntukan khas bagi memenuhi keperluan tindakan tersebut.
Pada masa sama beliau menjelaskan organisasi tersebut perlu diberi kuasa yang sama seperti yang diperuntukkan di bawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ditubuhkan pada 1969-1971.
"Sistem Perlembagaan Malaysia memperuntukkan pengisytiharan darurat. Di bawah pelaksaan darurat, tindakan dan struktur yang tidak diperuntukkan dalam perlembagaan dan undang-undang boleh dilaksanakan bagi menangani ancaman yang berlaku terhadap negara.
"Pada 2020, sebab yang dinyatakan untuk pengisytiharan darurat adalah kerana pandemik COVID-19 tanpa sebab lain yang dijelaskan.
"Justeru itu, kerajaan perlu menyatakan dan bertindak di luar kebiasaan yang diperuntukkan dalam perlembagaan dan undang-undang khas perlu diwujudkan bagi menangani ancaman akibat pandemik COVID-19," jelasnya.

18. It is proposed that a special organisation be set up immediately, with special powers to act in whatever ways to reduce the increase in new cases, to reduce it until it ceases to be a threat to the lives and normal activities of the people.

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) July 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

19. The actions to be taken should be funded by the Government under a special allocation commensurate with the needs of the actions. Civil servants involved in the implementation must be put at the disposal of the organisation.

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) July 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

20. The organisation must be given the same powers and authority as that given to the National Operation Council in the 1969-1971 Emergency. https://t.co/cZKRYnQmxS

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) July 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Biarpun kerajaan ketika ini mendakwa bahawa sidang Parlimen akan menjejaskan tindakan yang diperlukan untuk menangani pandemik ini, namum persidangan yang akan bermula 26 Julai ini hanya untuk memberi penjelasan berkenaan rancangan kerajaan menangani wabak itu.
"Ia (rancangan kerajaan) sudah terbukti bahawa ia tidak berkesa. Jumlah kes baharu, kematian dan kes bunuh diri semakin meningkat dalam tempoh darurat.
"Kedua-dua rancangan dan penjelasan ini tidak memerlukan pelaksanaan darurat kerana ia tidak bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang negara.
"Rakyat ketika ini sedang tertekan apabila kehilangan orang tersayang, tiada pekerjaan atau berniaga dan tiada pendapatan akibat sekatan yang dikuat kuasakan, tiada makanan dan tidak boleh berjumpa dengan ahli keluarga" tegasnya.
BACA: Dr Mahathir usul tubuh MAGERAN semasa menghadap Agong
Keadaan ketika ini adalah amat serius, justeru itu tegasnya tindakan pantas perlu diambil walaupun tindakan itu adalah bertentangan di bawah perlembagaan dan undang-undang sedia ada.
#Mahathir Mohamad #Parlimen #undang-undang #Majlis Gerakan Negara #COVID-19
;