Tubuh lelaki berkecai digilis kenderaan

Aida Aziz
Oktober 16, 2020 12:00 MYT
Anggota bomba mengambil masa kira-kira dua jam bagi mengutip cebisan daging mangsa. - JBPM
GOPENG: Seorang lelaki yang identitinya belum dikenal pasti maut digilis kenderaan lain sehingga mengakibatkan tubuhnya hancur berkecai di Kilometer 295 Lebuhraya PLUS arah selatan di sini awal pagi tadi.
Menurut kenyataan dari jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan ngeri itu pada jam 3.54 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng bergegas ke lokasi.
"Setibanya anggota bomba di lokasi kejadian mendapati terdapat seorang mangsa dalam keadaan badan berkecai digilis oleh kenderaan dan disahkan maut.
"Anggota melakukan pembersihan jalan dan mengumpul cebisan daging mangsa seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya pada Jumaat.
Ujarnya lagi, anggota bomba mengambil masa kira-kira dua jam bagi mengutip cebisan daging mangsa.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.30 pagi.
BACA: Identiti mangsa gilis di lebuh raya dikenal pasti... rupa-rupanya...
#kemalangan #mangsa digilis #lebuh raya #bomba #JBPM #polis #PDRM #Lebuhraya PLUS
;