Tuah Tuan Ibrahim, Mahfuz tewas
Irwan Muhammad Zain
November 24, 2013 11:05 MYT
November 24, 2013 11:05 MYT
Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dipilih kembali menduduki kerusi naib presiden dalam Muktamar Tahunan ke-59 parti itu.
Tuan Ibrahim berada di tempat kedua dengan 849 undi di belakang Salahuddin Ayub yang mendapat 917 undi manakala Datuk Husam Musa di tempat ketiga dengan undi sebanyak 520.
Pada pemilihan tahun 2009 Tuan Ibrahim mendapat undi paling tinggi untuk jawatan yang sama.
Keputusan ini menyaksikan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar gagal mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 2009.
Mahfuz mendapat 504 undi tewas tipis kepada Husam dengan 16 undi manakala seorang lagi calon, Datuk Abu Bakar Chik mendapat 364 undi.
Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi kira-kira jam 10.50 pagi di Stadium Melawati.