Tren laluan Ampang-Sri Petaling alami kelewatan - Rapid KL
Astro Awani
Januari 26, 2023 07:10 MYT
Januari 26, 2023 07:10 MYT
KUALA LUMPUR: Operasi perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Ampang-Sri Petaling mengalami kelewatan kerana keretakan tiang utama berhampiran Stesen Bandaraya.
Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, bagi memastikan keselamatan para pengguna perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan.
"Tren dari Ampang dan Putra Heights akan berpatah balik di Stesen Plaza Rakyat (Kekerapan tren 18 minit di Bukan Daerah Pusat Perniagaan, 9 minit di Daerah Pusat Perniagaan).
"Tren perantara dari Stesen Plaza Rakyat ke Masjid Jamek (Kekerapan tren 6 minit) manakala tren dari Sentul Timur akan berpatah balik di Stesen Bandaraya (Kekerapan tren 6 minit)," katanya pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Rapid KL berkata, perkhidmatan bas perantara percuma turut disediakan untuk membawa penumpang dari beberapa stesen berikut.
"Stesen Plaza Rakyat ke Stesen Bandaraya, Stesen Bandaraya ke Stesen Plaza Rakyat dan Stesen Sentul Timur ke Stesen Bandaraya.
"Untuk bantuan, penumpang boleh merujuk Pegawai Stesen atau Polis Bantuan. Penumpang juga dinasihatkan untuk menggunakan pengangkutan alternatif lain," katanya.