Para penumpang Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) kesal kerana Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak menyediakan bas transit mencukupi untuk membawa mereka ke destinasi masing-masing, susulan insiden tren kargo tergelincir di Kampung Bakap berhampiran Stesen Keretapi Batu Gajah awal pagi tadi.
Kebanyakan mereka termasuk penumpang yang mahu menyambut perayaan Deepavali mendakwa terpaksa menunggu lebih daripada sejam sebelum dapat menaiki bas ke Stesen Keretapi Ipoh.
S. Shamila Devi, 34, yang bertugas sebagai pegawai bank di Kuala Lumpur berkata beliau terpaksa menunggu bas transit hampir dua jam di stesen berkenaan untuk pulang ke Taiping bagi menyambut Deepavali esok.
Katanya beliau tiba di stesen berkenaan kira-kira 7 malam tetapi sehingga 9.30 malam, beliau masih belum dapat menaiki bas yang disediakan.
"Saya agak kecewa sebab esok sudah raya (Deepavali) dan sehingga sekarang saya masih terkandas di sini...saya tidak pasti bila saya akan tiba di rumah.
"Sepatutnya KTMB menyediakan lebih banyak bas kerana mereka tahu jumlah penumpang yang terkandas di sini berdasarkan jualan tiket," katanya semasa ditemui di Stesen Keretapi Kampar di sini, malam tadi.
N. Ramesh, 37, pula berkata beliau bersama isteri serta dua anaknya dalam perjalanan dari Seremban ke kampungnya di Ipoh untuk menyambut Deepavali.
Menurutnya pihak KTMB memberi penerangan berhubung kelewatan ETS dan perkhidmatan bas yang disediakan tetapi beliau tidak menyangka pengangkutan itu tidak mencukupi untuk menampung jumlah penumpang.
"Tak sangka kejadian sebegini berlaku pada malam perayaan Deepavali... anak-anak saya masih kecil dan mereka tidak selesa dengan keadaan begini kerana terpaksa menunggu lama," katanya.
Shariff Abdul, 45, pula kecewa dengan cara pihak pengurusan KTMB menangani masalah itu yang dianggapnya dibuat tanpa pelan kontigensi.
"Sudah lebih setahun saya menaiki ETS untuk berulang alik dari Tanjung Malim ke Butterworth...perkhidmatannya tidak pernah mengecewakan namun, insiden sebegini menunjukkan seolah-olah KTMB tidak menyediakan pelan kontingensi.
"Saya cuba menaiki teksi ke Ipoh sebelum menaiki tren seterusnya ke Butterworth tetapi tambang yang diminta tidak masuk akal," katanya.
Kira-kira 10 malam, kesemua penumpang yang terkandas di stesen berkenaan telah dibawa ke Stesen KTM Ipoh.
Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat KTMB Siti Badariah Wan Hanafi ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menyediakan 36 bas untuk membawa penumpang yang terkandas ke Stesen Keretapi Ipoh dan Kampar.
"Perkhidmatan bas yang disediakan mencukupi cuma berlaku sedikit kelewatan kerana jalan raya sesak memandangkan orang ramai mula bercuti sempena Deepavali esok," katanya.
Beliau berkata kerja membaik pulih landasan bagi laluan tren Ipoh-Kampar-Ipoh sedang giat dijalankan dan dijangka mengambil masa selama 48 jam.
Dalam kejadian 3.15 pagi Jumaat, dua lokomotif dan 25 gerabak kosong dalam perjalan dari Kuang, Selangor ke Tasek, Ipoh tergelincir dan menghalang laluan tren arah utara dan Selatan. -- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2016
Dalam kejadian 3.15 pagi Jumaat, dua lokomotif dan 25 gerabak kosong dalam perjalan dari Kuang, Selangor ke Tasek, Ipoh tergelincir berhampiran Stesen Batu Gajah, Perak. - Foto Bernama
Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelesaian isu Laut China Selatan dengan China tidak perlu melibatkan pertelagahan sebaliknya akan dibincangkan secara bilateral dan 'hati ke hati'.
Kerajaan Sabah, Sarawak tidak dipinggir dalam rundingan berkaitan Laut China Selatan
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin menolak andaian kerajaan persektuan tidak mendapatkan pandangan kerajaan Sabah dan Sarawak dalam rundingan berkaitan isu Laut China Selatan.
Bayi tujuh bulan meninggal dunia di rumah pengasuh
Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut selepas ditemukan tidak sedarkan di dalam buaian ketika berada dalam jagaan pengasuhnya.
Fasiliti daif jejas pengisian pegawai perubatan
Lukanisman berkata cabaran besar yang berlaku di Sabah adalah penempatan atau pengisian jawatan pegawai perubatan tidak mencapai jumlah yang optimum berikutan masih terbeban dengan fasiliti yang daif.
KKM laksana pelbagai strategi rapatkan jurang nisbah doktor di Sabah
Keutamaan kepada pegawai perubatan anak kelahiran Sabah untuk berkhidmat di negeri itu, antara strategi dan inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) dalam merapatkan jurang nisbah doktor khususnya di Sabah.
Enam isu rakyat diangkat ahli Parlimen Sipitang
Enam isu rakyat terutama masalah infrastruktur asas di kawasan Sipitang dibangkitkan Ahli Parlimen itu, Datuk Matbali Musah ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
Tiada perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia nafi adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands.
Polis nafi dakwaan gagal siasat kes dokumen palsu hak milik tanah di Kedah
Polis menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui akaun TikTok 'Abuismailabuyaziz' itu adalah tidak benar dan berniat jahat.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
Trump - China: Pelabur mungkin cenderung kepada Jepun, India
Pemerhati pasaran melihat kemungkinan dana mengalir ke India dan Jepun ketika pelabur menilai pendirian anti-China Trump, termasuk ancaman untuk mengenakan tarif sebanyak 60 peratus ke atas barangan China.
Polis giat kesan dua lelaki tempatan samun stesen minyak Batu Gajah
Polis giat mengesan dua suspek dipercayai lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an, berhubung kejadian samun bersenjata di sebuah stesen minyak.
Warga emas maut motosikal hilang kawalan langgar MPV
Keadaan motosikal milik lelaki warga emas yang maut selepas melanggar sisi sebelah kanan MPV) di Jalan Kampung Kelewek, Batu Gajah, Tanah Merah pada Isnin.
Silverlakes Village Outlet bermandi cahaya, 150,000 bunga hiasi Pesta Lampu Flora
Pesta Lampu Flora sasar kira-kira 100,000 pengujung dari seluruh Malaysia akan datang merasai sendiri keunikan cahaya bergemerlapan.
Empat rumah musnah dalam dua kejadian di Batu Gajah, Parit
Kebakaran di Batu Gajah melibatkan sebuah rumah dengan keluasan 25 X 40 kaki persegi dan sebuah lagi dengan keluasan 30 X 60 kaki persegi.
Kampar dan Batu Gajah bakal nikmati rangkaian 5G selepas Ipoh - Exco
Daerah Kampar dan Batu Gajah kini dalam radar kerajaan Perak untuk menikmati liputan internet berkelajuan tinggi 5G selepas bandar raya Ipoh.
Perak sasar luaskan rangkaian 5G ke Kampar, Batu Gajah
Inisiatif di bawah Greater Ipoh itu bagi memastikan semua daerah di Lembah Kinta akan memperoleh capaian internet 5G pada masa hadapan.
Porsche musnah terbakar berhampiran Kellie's Castle
Sebuah kereta mewah jenis Porsche musnah terbakar dalam kejadian berhampiran Kellie's Castle, malam ini.
Jabatan Penjara cadang bina penjara baharu ganti bangunan lebih 100 tahun
Jabatan Penjara bercadang untuk membina bangunan baharu bagi menggantikan bangunan lama berusia lebih 100 tahun yang dibina terutamanya pada era 1800an di beberapa negeri.
Latihan Pasukan Gerakan Khas 69 Komando tingkat kemampuan, teknik hadapi pengganas
LDP yang diadakan di Akademi Keretapi Malaysia (MyRa) Batu Gajah semalam, disertai kira-kira 60 pegawai dan anggota 69 Komando.
Wanita maut langgar kerbau
Dalam kejadian kira-kira jam 1.05 pagi itu, Lee Chiew Li meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.