Tren kargo tergelincir: Pengguna luah kebimbangan perancangan perjalanan terjejas

Madiha Abdullah
Oktober 28, 2016 11:17 MYT
Kerja-kerja mengalih gerabak yang telah tergelincir sedang giat dijalankan. - Foto Bernama
Sekitar jam 3 pagi tadi, 21 gerabak tren kargo, dua daripadanya lokomotif, tergelincir dari landasan di Kampung Bakap, Batu Gajah.
Biarpun tiada kemalangan jiwa, ia tetap mencetuskan kebimbangan lain dalam kalangan pengguna terutama sekali menjelang cuti perayaan Deepavali.
Ramai warga kota akan mula meninggalkan Kuala Lumpur petang ini dan bagi yang menggunakan perkhidmatan keretapi dan tren, tentunya risau jika perancangan mereka akan tergendala.
Ada yang memilih membatalkan tempahan tiket keretapi dan pulang ke kampung menggunakan pengangkutan lain seperti bas ekspres.

Stuck at Ipoh, some incident at Batu Gajah. Wait for bus transfer to avoid incident area before boarding back ETS to continue the journey.

— Cool Explorer (@coolexplorer88) October 28, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sampai batu gajah tiba2 baru tau train tak ada sbb kemalangan. Ramai do refund tiket. Dak UTP mostly tak jadi balik.

— mhmd.amrl (@_hzqutp_) October 28, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Route from ipoh to kampar terpaksa transit with bus sebab ada gerabak barang tergelincir di batu gajah. Hahahaha.

— meen (@enakemin) October 28, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kena naik bas ke Ipoh & frm there ambik ets ke SP sbb ada incident kt Batu Gajah. Sia-sia ja beli tiket ets platinum wey

— Najah Alia (@njh_alia) October 28, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Penumpang terkandas di Stesen KTM Ipoh ekoran gangguan perkhidmatan tren laluan utara & selatan akibat tren kargo tergelincir di Batu Gajah pic.twitter.com/Ju2xH25E6N

— BERNAMA (@bernamadotcom) October 28, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan KTM Berhad, penumpang yang tidak ingin meneruskan perjalanan boleh mendapatkan pemulangan wang di kaunter tiket stesen-stesen berdekatan.
Penumpang tren ETS yang menggunakan laluan itu pula akan dipindahkan menggunakan perkhidmatan bas dan meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing menggunakan tren.
Difahamkan, ketika kejadian, tren berkenaan dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menghala ke Tasek, Ipoh, dan tidak membawa muatan.
Kerja-kerja mengalih gerabak yang telah tergelincir sedang giat dijalankan.
#KTMB #tren kargo tergelincir
;